Friday 8 July 2011

Solat Sunat Terawih

Assalamualaikum.....

Hari nie ustazah nak membincangkan tentang bagaimana nak melakukan Solat Sunat Terawih. Kita sedia maklum bahawa Solat sunat terawih ini dilakukan pada bulan Ramadhan.

Solat sunat terawih dilakukan secara berseorangan dan lebih baik secara berjemaah.Solat sunat ini dilakukan selepas solat Isyak.


Solat ini sekurang-kurangnya dilakukan sebanyak 8 rakaat dan sebanyak-banyaknya 20 rakaat. Solat ini dilakukan setiap 2 rakaat dengan satu salam. Hukum melakukannya ialah sunat muakkad (yang dituntut).


Daripada dalil Rawahul Buhkari Wamuslim meriwayatkan bahawa :-


" Sesiapa yang mendirikan solat Terawih pada waktu malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka dosa yang lepas akan diampunkan oleh Allah".


Jadi, selepas ini kita cuba lihat macammane nak mula belajar cara mengerjakan solat sunat terawih nie. Ada kaifiah untuk melakukannya....

Dalam Rakaat Pertama

1) Baca Niat dan Takbiratul Ihram

أصلي سنة التراويح ركعتين لله تعالى


Maksudnya : Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

2) Membaca Surah Al-Fatihah dan Satu surah pendek (Al-Kafirun,An-Nas, Al-Falak,Al-Asr)

3) Ruku'

4) Iktidal

5) Sujud



6) Duduk antara dua sujud


7) Sujud




Dalam Rakaat Kedua


1) Membaca surah Al-Fatihah dan satu surah (Al-Ikhlas)


2) Ruku'


3) Iktidal


4) Sujud


5) Duduk Antara Dua Sujud


6) Sujud


7) Duduk Tahiyyat Akhir


8) Salam


          Tahukah Anda :-

  • Bahawa dalam melaksanakan solat ini perlulah diiringi dengan niat yang bersih dan melakukannya dengan thoma'ninah dan khusyu' iaitu dengan ikhlas hati serta bersungguh-sungguh kerana Allah s.w.t. 
  • Dalam Bulan Ramadhan terdapat satu malam yang dinamakan malam Lailatul Qadar. Malam ini lebih baik dari seribu bulan. Maka, sebagai seorang muslim perlu mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi ibadah kita kepada Allah. Selalunya ia berlaku pada malam sepuluh terakhir.
  • Dalam bulan Ramadhan ini juga telah turunnya Ayat Al-Quran.
Diantara Hikmah dalam melakukan Solat Terawih ialah :-

 1) Mendapat pahala yang besar.

2) Menjadikan badan sihat dan cergas.

3) Melatih diri barsatu padu dan bekerjasama.






















No comments:

Post a Comment