Thursday 4 August 2011

Fadhilat - Fadhilat Solat Terawih

Assalamualaikum Wr.Wbt.

Hari ini ustazah nak membincangkan antara fadhilat-fadhilat Solat Terawih di Bulan Ramadhan. Dalam menunaikan puasa adalah lebih baik dan semprna kita juga menunaikan solat sunat terawih pada malamnya.

Fadhilat Solat Terawih di sini

Friday 8 July 2011

Solat Sunat Terawih

Assalamualaikum.....

Hari nie ustazah nak membincangkan tentang bagaimana nak melakukan Solat Sunat Terawih. Kita sedia maklum bahawa Solat sunat terawih ini dilakukan pada bulan Ramadhan.

Solat sunat terawih dilakukan secara berseorangan dan lebih baik secara berjemaah.Solat sunat ini dilakukan selepas solat Isyak.


Solat ini sekurang-kurangnya dilakukan sebanyak 8 rakaat dan sebanyak-banyaknya 20 rakaat. Solat ini dilakukan setiap 2 rakaat dengan satu salam. Hukum melakukannya ialah sunat muakkad (yang dituntut).


Daripada dalil Rawahul Buhkari Wamuslim meriwayatkan bahawa :-


" Sesiapa yang mendirikan solat Terawih pada waktu malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan, maka dosa yang lepas akan diampunkan oleh Allah".


Jadi, selepas ini kita cuba lihat macammane nak mula belajar cara mengerjakan solat sunat terawih nie. Ada kaifiah untuk melakukannya....

Dalam Rakaat Pertama

1) Baca Niat dan Takbiratul Ihram

أصلي سنة التراويح ركعتين لله تعالى


Maksudnya : Sahaja aku solat sunat terawih 2 rakaat kerana Allah Taala.

2) Membaca Surah Al-Fatihah dan Satu surah pendek (Al-Kafirun,An-Nas, Al-Falak,Al-Asr)

3) Ruku'

4) Iktidal

5) Sujud



6) Duduk antara dua sujud


7) Sujud




Dalam Rakaat Kedua


1) Membaca surah Al-Fatihah dan satu surah (Al-Ikhlas)


2) Ruku'


3) Iktidal


4) Sujud


5) Duduk Antara Dua Sujud


6) Sujud


7) Duduk Tahiyyat Akhir


8) Salam


          Tahukah Anda :-

  • Bahawa dalam melaksanakan solat ini perlulah diiringi dengan niat yang bersih dan melakukannya dengan thoma'ninah dan khusyu' iaitu dengan ikhlas hati serta bersungguh-sungguh kerana Allah s.w.t. 
  • Dalam Bulan Ramadhan terdapat satu malam yang dinamakan malam Lailatul Qadar. Malam ini lebih baik dari seribu bulan. Maka, sebagai seorang muslim perlu mengambil peluang ini untuk meningkatkan lagi ibadah kita kepada Allah. Selalunya ia berlaku pada malam sepuluh terakhir.
  • Dalam bulan Ramadhan ini juga telah turunnya Ayat Al-Quran.
Diantara Hikmah dalam melakukan Solat Terawih ialah :-

 1) Mendapat pahala yang besar.

2) Menjadikan badan sihat dan cergas.

3) Melatih diri barsatu padu dan bekerjasama.






















Thursday 2 June 2011

AURAT WANITA

Assalamualaikum...


Post kali ini, ustazah nak bagitau sikit tentang Aurat Wanita..Tapi entri ni ustazah nak bgtau 2 dulu la..kene tunggu next2 entri dari ustazah la if nak tau lagi..ye la, kenala rajin2 terjah blog ustazah ni..

^
^
^
^
^
^
^
^
^

Kaum wanita mempunyai batasan aurat yang amat berbeza dengan kaum lelaki. Di bawah ini disenaraikan beberapa batasan aurat wanita seperti yang dinyatakan di dalam hadis dan ayat-ayat al-Quran untuk dijadikan pedoman oleh setiap kaum :

1- Bulu kening
     Rasulullah melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening)- Hadis Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.




2- Kaki (tumit kaki)
     " Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki atau mengangkatnya)agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." -surah An-Nur ; ayat 31
     Turut dimaksudkan dalam ayat ini termasuklah :
   i- menampakkan kaki.
  ii- menghayungkan/ melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

Setakat ni dulu..sila tunggu next entri daru ustazah ye...

Wassalam

Monday 16 May 2011

Percubaan Kali Pertama..

Assalamualaikum...

Ini kali pertama ustazah buat post utk blog baru ni...Rasa sgt teruja bila mampu membuat blog sendiri..bukan ape, bila kita suka menulis, kita akan berusaha untuk mencari ruang untuk luahkan perasaan n pendapat...


Agak lama juga ustazah menceburkan diri dlm bidang pendidikan ni...Sejak Kahwin lagi..ye la, kahwin masa muda pada umur 21 tahun...Si suami pon suka sgt bila isteri jadi ustazah..ye la, berharap nanti anak2 pon pangai baik..

So skang Alhamdulillah ustazah di kurniakn 5 org cahaya mata..3 lelaki 2 perempuan..Semua pon perangai alhamdulillah ok n baik..walaupun ade sikit yang nakal..Biasalah, kanak2 baru nak membesar..

Ok la..anak pon dok bising, nanti ustazah wat post yang best2 ok...